Persidangan Tahunan Jawatankuasa Penjanaan Kuasa Turbin Gas CGNEI 2026

𝐏𝐄𝐑𝐒𝐈𝐃𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐉𝐀𝐍𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐓𝐔𝐑𝐁𝐈𝐍 𝐆𝐀𝐒 𝐂𝐆𝐍𝐄𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝟒 𝐍𝐎𝐕𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀
YAB Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah menyempurnakan perasmian Persidangan Tahunan Jawatankuasa Penjanaan Kuasa Turbin Gas CGNEI 2026 di Pusat Latihan EPH, Loji Janakuasa Edra Melaka.
Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa pelaburan asing perlu melangkaui kepentingan komersial dengan memberi nilai tambah yang berkekalan kepada negara. Ini merangkumi pemindahan teknologi, perluasan penglibatan syarikat tempatan dalam rantaian nilai industri tenaga, serta pemerkasaan bakat tempatan melalui kemahiran teknikal berteknologi tinggi.
Kerjasama strategik seperti penubuhan Pusat Latihan Kemahiran Turbin Gas CGNEI (CGNEI GTSTC) oleh CGN Energy International dan Edra Power Holdings Sdn. Bhd. disifatkan sebagai langkah tepat dalam membina kepakaran tempatan dan memperkukuh keselamatan tenaga negara serta serantau.
Turut hadir, YAB Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, Ketua Menteri Melaka dan Encik Zhang Chaoqun, Pengerusi CGN Energy International Holdings Co. Limited.