Persidangan Antarabangsa Ekohidrologi dan Daya Tahan Air (ICEWR 2026)

𝐏𝐄𝐑𝐒𝐈𝐃𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 𝐄𝐊𝐎𝐇𝐈𝐃𝐑𝐎𝐋𝐎𝐆𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐘𝐀 𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐀𝐈𝐑 (𝐈𝐂𝐄𝐖𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔) | 𝟑 𝐍𝐎𝐕𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐏𝐔𝐓𝐑𝐀𝐉𝐀𝐘𝐀
YAB Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), telah menyempurnakan perasmian Persidangan Antarabangsa Ekohidrologi dan Daya Tahan Air (ICEWR 2026) yang diadakan di Putrajaya hari ini.
Persidangan berprestij ini menghimpunkan para pembuat dasar, penyelidik, pemain industri serta wakil masyarakat sivil dari dalam dan luar negara bagi meneroka integrasi sains, kejuruteraan dan penyelesaian berasaskan alam semula jadi (Nature-Based Solutions) ke arah membina sistem pengurusan air yang mampan serta berdaya tahan terhadap risiko banjir dan kemarau.
Dalam ucaptama beliau, YAB Timbalan Perdana Menteri menegaskan bahawa daya tahan air merupakan keutamaan strategik negara yang memerlukan pengurusan bersepadu, merangkumi pemeliharaan kawasan tadahan dan tadbir urus hulu ke hilir secara bertanggungjawab.
Persidangan anjuran bersama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia serta Humid Tropics Centre (HTC) Kuala Lumpur dengan sokongan UNESCO ini menjadi platform penting dalam menterjemahkan hasil penyelidikan kepada polisi dan tindakan praktikal demi kesejahteraan rakyat serta jaminan sumber air masa hadapan.