Persidangan Agung Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA GC) ke-70

πππππππππππ πππππ ππππππ ππππππ ππππ ππππππππππππ (ππππ ππ) ππ-ππ | ππ πππππππππ ππππ | ππππππ, πππππππ
Persidangan Agung Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA GC) Ke-70 membuka tirainya pada 14 September 2026 di Vienna, Austria, dan akan berlangsung sehingga 18 September 2026. Delegasi Malaysia diketuai oleh Ketua Setiausaha PETRA, YBhg. Datoβ Sri Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli, bersama Duta Besar Malaysia ke Austria merangkap Wakil Tetap Malaysia ke IAEA, PYT YBhg. Datoβ Fenny Nuli, serta pegawai MALAWAKIL Vienna. Delegasi turut disertai wakil PETRA, Agensi Nuklear Malaysia, Jabatan Tenaga Atom, MyPOWER.
Persidangan tahunan ini adalah forum penggubalan dasar utama bagi negara anggota membincangkan penggunaan sains dan teknologi nuklear secara aman terutamanya pengunaan nuklear sebagai tenaga elektrik. IAEA kini mempunyai 182 negara anggota dengan Timor-Leste sebagai negara anggota baharu, dan Malaysia telah menjadi negara anggota sejak 1969. Persidangan tahun ini turut disertai oleh 36 orang Menteri daripada pelbagai negara.
Persidangan dipengerusikan oleh TYT Ambassador Gustavo Rodolfo Zlauvinen, Duta Besar Republik Argentina ke Austria dan Wakil Tetap Argentina ke IAEA, yang dipilih sebagai Presiden Persidangan Agung IAEA Ke-70. YBhg KSU PETRA akan menyampaikan pernyataan negara pada persidangan kali ini.