Perjumpaan YAB Perdana Menteri Bersama Warga Kementerian

𝐏𝐄𝐑𝐉𝐔𝐌𝐏𝐀𝐀𝐍 𝐘𝐀𝐁 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 | 𝟗 𝐌𝐀𝐂 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐃𝐄𝐖𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐈𝐃𝐔𝐑𝐈, 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah mengikuti Sesi Perjumpaan YAB Perdana Menteri Bersama Warga Kementerian secara dalam talian pada hari ini.
Dalam amanatnya, bersempena sambutan Nuzul Al-Quran yang diraikan pada 7 Mac (17 Ramadan 1447H) lalu, YAB Perdana Menteri menekankan kepentingan membaca serta memahami isi kandungan kitab suci Al-Quran. Antara intipati utama perkongsian beliau:
- 𝐏𝐚𝐧𝐝𝐮𝐚𝐧 𝐇𝐢𝐝𝐮𝐩: Al-Quran merupakan petunjuk utama bagi setiap individu dan umat manusia keseluruhannya.
- 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐞𝐧𝐭𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐚𝐡𝐬𝐢𝐚𝐡: Budaya membaca dan menghayati kalam suci ini mampu membentuk insan yang lebih bernilai dan menyumbang bakti kepada masyarakat.
- 𝐊𝐞𝐬𝐞𝐢𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐓𝐮𝐠𝐚𝐬: Beliau turut berharap agar warga kerja terus menghayati ajaran Al-Quran dalam kehidupan seharian meskipun sibuk menggalas amanah dan tugasan rasmi.