Perjumpaan Kadet Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) Bersama KSU PETRA

ππππππππππ πππππ πππππππ ππππππ πππ ππππππππππ (πππ) πππππππ πππ πππππ | ππ π
ππ ππππ | ππππππ πππππ, πππππππππ
YBhg. Datoβ Sri Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah mengadakan sesi perjumpaan bersama empat (4) orang kadet PTD yang ditempatkan di PETRA bagi mengikuti Submodul Strategic Partnership Programme, Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam (DPA) INTAN tahun 2025/2026.
Dalam sesi tersebut, YBhg. Datoβ Sri KSU telah menyampaikan amanat agar para kadet memanfaatkan tempoh penempatan ini untuk mendalami proses penggubalan dan pelaksanaan dasar negara, khususnya dalam sektor tenaga dan air. Beliau turut menasihati para kadet supaya sentiasa bersyukur atas peluang untuk berkhidmat sebagai penjawat awam kelak dan bersungguh-sungguh dalam melaksanakan pekerjaan.
Semoga tempoh lima (5) minggu di PETRA ini memberikan pendedahan dan pengalaman yang berharga kepada para kadet dan seterusnya melahirkan generasi penerus yang berwibawa dan berdaya saing dalam perkhidmatan awam.