Perjumpaan KSU PETRA Bersama Peserta MADANI Fellowship 2026

𝐏𝐄𝐑𝐉𝐔𝐌𝐏𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐅𝐄𝐋𝐋𝐎𝐖𝐒𝐇𝐈𝐏 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐊𝐒𝐔 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀 | 𝟏 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀
YBhg. Dato’ Sri Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) mengadakan perjumpaan bersama dua (2) orang peserta MADANI Fellowship 2026 yang ditempatkan di PETRA iaitu Encik Navaniswaran A/L Tharumen dan Encik Tan Zhe Cong.
Program MADANI Fellowship merupakan program yang dijenamakan semula daripada Program Felo Perdana selaras dengan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 26 Jun 2026. Program ini merupakan inisiatif Kerajaan berkonsep mentor menti bagi melahirkan pelapis kepimpinan negara.
Dalam sesi tersebut, YBhg. Dato’ Sri KSU telah menyampaikan amanat agar peserta MADANI Fellowship dapat memanfaatkan tempoh penempatan selama empat (4) bulan ini untuk mendalami proses penggubalan dan pelaksanaan dasar negara khususnya dalam sektor tenaga dan air.
Diharapkan pengalaman sepanjang penempatan di PETRA dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh peserta sebagai wadah untuk membina kompetensi, memperluas perspektif serta mempersiapkan diri sebagai barisan pelapis kepimpinan negara pada masa hadapan.