Perhimpunan Bulanan YAB Perdana Menteri Bagi Bulan Januari Serta Amanat Tahun 2026

Warga Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) mengikuti sesi Perhimpunan Bulanan YAB Perdana Menteri bagi bulan Januari serta Amanat Tahun 2026 secara penstriman langsung di Dewan Baiduri, Menara PETRA.
Majlis yang diurussetiakan oleh Jabatan Perdana Menteri ini menekankan interaksi dua hala antara pemimpin negara dan penjawat awam bagi memastikan keselarasan hala tuju pentadbiran negara bagi tahun 2026.
Hadir bersama ialah YBhg. Dato' Sri Haji Mad Zaidi Bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), pengurusan tertinggi serta warga Kementerian PETRA.