Perasmian Kongres Sedunia EAROPH ke-30

𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐍𝐆𝐑𝐄𝐒 𝐒𝐄𝐃𝐔𝐍𝐈𝐀 𝐄𝐀𝐑𝐎𝐏𝐇 𝐊𝐄-𝟑𝟎 | 𝟐𝟒 𝐀𝐏𝐑𝐈𝐋 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀
YAB Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), telah menyempurnakan Majlis Perasmian Kongres Sedunia EAROPH ke-30 bertempat di Melaka hari ini.
Dalam ucapan perasmiannya, beliau menekankan kepentingan memastikan agenda pembangunan negara bergerak selari dengan transformasi tenaga. Beliau turut menggariskan komitmen Malaysia terhadap hala tuju strategik, termasuk aspirasi Pelepasan Karbon Bersih Sifar menjelang 2050 serta pelaksanaan Akta Kecekapan dan Konservasi Tenaga 2024 dalam setiap kerangka pembangunan bandar.
Selaras dengan gagasan Malaysia MADANI, pembangunan masa kini haruslah bersifat inklusif dan mampan bagi menjamin kesejahteraan serta kelestarian generasi akan datang.
Turut hadir adalah YAB Datuk Seri Utama Ab. Rauf Bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka & YB Datuk Hajah Aiman Athirah Binti Sabu, Timbalan Menteri Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan.