Penyiapan Projek Talian Fiber Optik Line 1 Kolopis-Segalud

𝐏𝐄𝐍𝐘𝐈𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐓𝐀𝐋𝐈𝐀𝐍 𝐅𝐈𝐁𝐄𝐑 𝐎𝐏𝐓𝐈𝐊 𝐋𝐈𝐍𝐄 𝟏 𝐊𝐎𝐋𝐎𝐏𝐈𝐒-𝐒𝐄𝐆𝐀𝐋𝐔𝐈𝐃 | 𝟐𝟗 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐊𝐎𝐋𝐎𝐏𝐈𝐒, 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇
Projek ini dengan rasminya telah berjaya disiapkan dan Talian Fiber Optik Line 1 Kolopis-Segaliud iaitu fasa 2 projek telah dimulatugas jam 11 pagi pada 29 September 2026. Projek ini merupakan projek keempat di bawah PPKBES yang siap untuk tahun 2026. Keseluruhan skop projek adalah merentang talian kabel optik pembumian sepanjang 510 km antara PMU Kolopis Beaufort dan PMU Segaliud Sandakan dengan kos projek adalah berjumlah RM 47.3 juta. Kontraktor asal projek ini telah ditamatkan pada September 2023 manakala kontraktor penyiap dilantik pada 16 April 2024.
Tujuan utama projek ini adalah untuk mewujudkan sokongan (𝘳𝘦𝘥𝘶𝘯𝘥𝘢𝘯𝘤𝘺) sistem kawalan dan komunikasi bekalan elektrik melalui kabel gentian optik untuk sambungan antara Pantai Timur dan Pantai Barat Sabah (East - West Interconnection Link). Objektif projek adalah untuk memastikan kesiapsiagaan servis yang tinggi dengan mengurangkan masa henti (𝘥𝘰𝘸𝘯𝘵𝘪𝘮𝘦) bagi sambungan East - West Interconnection Link demi menjamin kestabilan perkhidmatan komunikasi (𝘵𝘦𝘭𝘦𝘱𝘳𝘰𝘵𝘦𝘤𝘵𝘪𝘰𝘯 dan SCADA) ke Wilayah Pantai Timur. (Projek ini menangani isu talian sedia ada yang mengalami kerosakan/kemerosotan akibat usia dan tiadanya talian gentian optik sokongan).
Hasil projek ini juga dapat mengurangkan SAIDI sebanyak 20% dengan meningkatkan kebolehsediaan rangkaian komunikasi kepada >99.99% (masa henti ditetapkan maksimum 52.56 minit setahun) serta mengurangkan masa pemulihan bekalan kuasa yang diperlukan.