Penggulungan Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2027 Peringkat Dasar

𝐏𝐄𝐍𝐆𝐆𝐔𝐋𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐇𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐑𝐔𝐔 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐄𝐊𝐀𝐋𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟕 𝐃𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐒𝐀𝐑 | 𝟐𝟕 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐏𝐀𝐑𝐋𝐈𝐌𝐄𝐍
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah menyempurnakan penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2027 Peringkat Dasar di Dewan Rakyat. Penggulungan tersebut disampaikan oleh YAB Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri PETRA bagi menjawab serta memberi penjelasan terhadap isu-isu yang dibangkitkan oleh 43 Ahli Yang Berhormat.
Melalui Belanjawan MADANI Kelima Tahun 2027 bertemakan "Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi", PETRA menerima peruntukan keseluruhan sebanyak RM5.33 bilion. Ia merangkumi RM0.40 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan RM4.93 bilion bagi perbelanjaan pembangunan untuk memastikan kemudahan air dan elektrik lebih terjamin, risiko bencana ditangani dan peralihan tenaga dapat dipercepatkan.
𝐅𝐎𝐊𝐔𝐒 & 𝐈𝐍𝐈𝐒𝐈𝐀𝐓𝐈𝐅 𝐔𝐓𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀 (𝐁𝐄𝐋𝐀𝐍𝐉𝐀𝐖𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟕):
𝟏. 𝐌𝐢𝐭𝐢𝐠𝐚𝐬𝐢 𝐁𝐚𝐧𝐣𝐢𝐫 & 𝐏𝐞𝐫𝐥𝐢𝐧𝐝𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐬𝐢𝐬𝐢𝐫 𝐏𝐚𝐧𝐭𝐚𝐢
- 151 Projek Tebatan Banjir (RTB) diluluskan di bawah RP2 RMKe-13 dengan anggaran kos RM28.1 bilion (15 projek baharu, 136 projek sambungan).
- 50 Projek Pengawalan Hakisan Pantai & Pemuliharaan Muara Sungai bernilai RM3.75 bilion.
- Peruntukan RM602 juta (2026–2030) bagi langkah mitigasi jangka pendek melalui Projek Pemuliharaan Sungai.
- Meneliti potensi Projek Empangan Lebir di Kelantan bagi mengurangkan risiko banjir dan menyediakan 337 juta liter air mentah sehari.
𝟐. 𝐊𝐞𝐭𝐞𝐫𝐣𝐚𝐦𝐢𝐧𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐤𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐀𝐢𝐫 & 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐞𝐭𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧
- RM2.52 bilion bagi Program Pengurangan Air Tidak Terhasil (NRW) Kebangsaan Pendekatan 1 Fasa 2, merangkumi penggantian paip kritikal sepanjang 1,978 km.
- Geran RM444.96 juta untuk pengukuhan bekalan air di Sabah.
- 6 projek bekalan air (RM1.272 bilion) menerusi kaedah pinjaman diteruskan di Sarawak.
- Penyelarasan Skim Penyaluran Air Mentah dari Sungai Perak ke Empangan Bukit Merah untuk krisis air Perak Utara & Pulau Pinang.
𝟑. 𝐏𝐞𝐫𝐥𝐢𝐧𝐝𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐠𝐮𝐧𝐚 & 𝐊𝐞𝐬𝐭𝐚𝐛𝐢𝐥𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐤𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐄𝐥𝐞𝐤𝐭𝐫𝐢𝐤
- Peluasan pengecualian penggunaan elektrik (termasuk surcaj AFA, Caj Peruncitan & SST) bagi pengguna domestik dari 600 kWj ke 800 kWj sebulan hingga Disember 2026 yang memberi manfaat kepada 8 juta akaun (90% pengguna).
- Penelitian mekanisme AFA berperingkat (tiered AFA) mulai tahun 2027 yang lebih adil dan bersasar.
- Pelaburan CAPEX IBR (RP4) TNB sebanyak RM43 bilion (RM12 bilion bagi 2027) untuk memperkukuh Grid Nasional.
- Pinjaman RM969 juta bagi 6 projek pengukuhan grid elektrik di Sabah, termasuk STATCOM dan Talian Penghantaran Southern Link.
𝟒. 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐥𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐧𝐚𝐠𝐚 𝐋𝐞𝐬𝐭𝐚𝐫𝐢 & 𝐈𝐧𝐭𝐞𝐠𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐒𝐞𝐫𝐚𝐧𝐭𝐚𝐮
- Pelaksanaan Program Bijak Tenaga MADANI (NEEAP 2.0) di bawah Akta Kecekapan dan Konservasi Tenaga 2024.
- Penjanaan Solar Berskala Besar (LSS 6) berasaskan kapasiti hampir 2GW dengan pelaburan swasta RM6 bilion.
- Penetapan penggunaan sekurang-kurangnya 30% Tenaga Boleh Baharu (TBB) bagi sektor pusat data serta galakan kemudahan penjanaan sendiri (SELCO) dan CRESS.
- Menerajui integrasi tenaga ASEAN melalui ASEAN Power Grid (APG) dan projek sambung tara rentas sempadan.
- Pembangunan kerangka regulatori dan infrastruktur Tenaga Nuklear (MyPOWER) mengikut piawaian IAEA secara bertanggungjawab (RM15.2 juta).
Setiap projek dan peruntukan akan dipantau secara rapi menerusi Task Force Penyelarasan Projek Pembangunan bersama Kerajaan Negeri kerana ukuran sebenar kejayaan bukanlah pada jumlah peruntukan, tetapi manfaat nyata yang dirasai oleh rakyat.