Pemantauan Projek Berstatus Lewat Jadual (Sakit) Oleh TKSU (Air)

ππππππππππ ππππππ-ππππππ πππππ ππ ππππππ | ππ ππππ ππππ| ππππππ
YBhg. Datoβ Mohd Rodzwan bin Mohd Baba Sakri, Timbalan Ketua Setiausaha (Air), Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah mempengerusikan Mesyuarat Pemantauan Projek Berstatus Lewat Jadual (Sakit) bertujuan untuk meneliti secara terperinci isu-isu pelaksanaan yang menyumbang kepada kelewatan pelaksanaan di tapak termasuklah isu pengambilan tanah, pengalihan utiliti serta isu teknikal rekabentuk yang memerlukan penyelarasan dan tindakan susulan bagi mencapai penyelesaian.
YBhg. Datoβ TKSU (Air) telah menetapkan tindakan oleh pihak-pihak bertanggungjawab dan tempoh penyelesaian yang jelas dengan garis masa. Pemantauan secara lebih rapi dan berterusan juga perlu dilaksanakan bagi memastikan kemajuan projek dapat dipulihkan serta sebarang isu berbangkit diselesaikan dengan segera.
Pelaksanaan projek ini penting dalam memperkukuh perlindungan kawasan setempat daripada risiko banjir serta meningkatkan keselamatan dan kesejahteraan penduduk.
Turut hadir ialah YBhg. Datuk Ir Mohamad Radzi bin Abdul Talib, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia, Pengarah JPS Negeri Melaka serta wakil agensi, perunding dan kontraktor yang terlibat.