Pelancaran Masa Depan Tenaga Hijau Malaysia

Dalam ucapan perasmian, beliau menegaskan komitmen Malaysia untuk mencapai sifar bersih menjelang 2050. Matlamat penting kementerian termasuk:
1. Mengejar sasaran kapasiti Tenaga Boleh Baharu (TBB) 40% menjelang 2035 dan 70% menjelang 2050. Kapasiti TBB operasi kini telah mencapai 30%.
2. Mengurangkan kapasiti penjanaan kuasa arang batu sebanyak 50% menjelang 2035 dan menghentikan sepenuhnya semua loji kuasa arang batu menjelang 2044.
YAB Menteri turut menyeru semua pihak berkepentingan untuk bekerjasama bagi menjayakan Peralihan Tenaga Adil dan membina sistem tenaga yang lebih mampan dan kukuh untuk masa hadapan.