Mulatugas Projek Pembahagian - Pembinaan PPU Sook 33/11Kv, Keningau, Sabah

𝐌𝐔𝐋𝐀𝐓𝐔𝐆𝐀𝐒 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐇𝐀𝐆𝐈𝐀𝐍 - 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐈𝐍𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐏𝐔 𝐒𝐎𝐎𝐊 𝟑𝟑/𝟏𝟏𝐊𝐕, 𝐊𝐄𝐍𝐈𝐍𝐆𝐀𝐔, 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 | 𝟓 𝐎𝐆𝐎𝐒 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐊𝐄𝐍𝐈𝐍𝐆𝐀𝐔, 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇
Projek ini dengan rasminya telah berjaya disiapkan pada 4 Ogos 2026 jam 1.10 petang dengan selesainya mulatugas tiga (3) Pencawang Elektrik (PE) 11kV terakhir iaitu PE Kuarter SAFODA, PE Comtech dan PE Pekan Sook. Dengan itu, keseluruhan projek ini telah disiapkan iaitu merangkumi satu stesen PPU 33/11kV berserta 31 buah PE 11kv/433V. PPU dan semua PE di projek ini membekalkan elektrik ke seluruh 45 buah kampung serta ke beberapa bangunan penting di pekan Sook seperti Balai Polis, Balai Bomba termasuk 8 klinik kesihatan/desa. Loji Rawatan Air (LRA) Sook juga menerima bekalan elektrik dari PPU ini.
Dengan siapnya PPU ini, sistem bekalan elektrik dapat dipastikan lebih stabil dan gangguan bekalan elektrik akan dapat dipulihkan dengan lebih teratur dan cepat.
Projek ini merupakan projek kedua di bawah PPKBES yang siap untuk tahun 2026. Projek ini asalnya dikategorikan dalam projek sakit dan telah diputuskan untuk diberi pemulihan pada 2 Oktober 2025. Keseluruhan kos projek adalah berjumlah RM 32 juta.