Mesyuarat Task Force Penyelarasan Projek Pembangunan PETRA di Negeri Terengganu

πππππππππ ππππ π
ππππ ππππππππππππ ππππππ πππππππππππ πππππ ππ ππππππ ππππππππππ πππππ ππππ | π πππ ππππ | πππππππππ
YBhg. Datoβ Sri Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dan YB Datoβ Haji Mohd Azmi bin Mohamad Daham, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu telah mempengerusikan secara bersama Mesyuarat Task Force Penyelarasan Projek Pembangunan PETRA di Negeri Terengganu bertempat di Bilik Mutiara, Menara PETRA, PUTRAJAYA pada 6 Mac 2026.
Task Force ini telah ditubuhkan bagi menjalinkan kerjasama yang lebih erat dengan Kerajaan Negeri Terengganu bagi mencari penyelesaian isu hakisan Pantai dan banjir di samping membincangkan isu pelaksanaan program/projek pembangunan berkaitan sumber air dan bekalan air di Terengganu dan tidak dilupakan juga projek-projek berkaitan dengan pembekalan elektrik.
Dengan adanya mesyuarat Task Force ini secara berkala, pemantapan infrastruktur bekalan elektrik dan sistem pengurusan air negara diharapkan agar lebih mampan, berdaya tahan, dan inklusif demi kesejahteraan rakyat di Negeri Terengganu.