Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN (AMEM) ke-44

πππππππππ πππππππ-πππππππ ππππππ πππππ (ππππ) ππ-ππ | π πππππππ ππππ | π
πππππππ
YBhg. Datoβ Sri Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN ke-44 (44th ASEAN Ministers on Energy Meeting - 44th AMEM) yang berlangsung di Metro Manila, Filipina.
Dalam mesyuarat ini, Malaysia mengulangi komitmen dan menekankan kepentingan memperkukuh Grid Tenaga ASEAN (ASEAN Power Grid - APG), meningkatkan kerjasama dalam bidang Tenaga Boleh Baharu (TBB) dan Kecekapan Tenaga, serta memantapkan perdagangan elektrik rentas sempadan demi menyokong integrasi tenaga bersih di rantau ini.