Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Kementerian (MTPK) Bilangan 1 Tahun 2026

𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐓𝐈𝐍𝐃𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 (𝐌𝐓𝐏𝐊) 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀 𝐁𝐈𝐋.𝟏 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝟐𝟑 𝐀𝐏𝐑𝐈𝐋 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐁𝐈𝐋𝐈𝐊 𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐌𝐔𝐓𝐈𝐀𝐑𝐀, 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀
YAB Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof, Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Kementerian (MTPK) Bilangan 1 Tahun 2026 yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Mutiara, Aras 13, Menara PETRA hari ini.
Mesyuarat ini bertujuan untuk memantau status projek dengan menilai kemajuan pelaksanaan projek-projek pembangunan di bawah seliaan kementerian bagi memastikan ia mengikut jadual yang ditetapkan dan memantau prestasi perbelanjaan.
Sinergi antara jabatan dan agensi di bawah PETRA terus diperkukuh bagi memastikan agenda transformasi air dan tenaga negara berjalan lancar selaras dengan visi kementerian.
Turut hadir dalam mesyuarat tersebut adalah YB. Dato' Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad, Timbalan Menteri PETRA, YBhg. Dato' Sri Haji Mad Zaidi Bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha PETRA serta ketua-Ketua Pengarah Jabatan, Setiausaha-Setiausaha Bahagian PETRA serta Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian.