Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Bilangan 1 Tahun 2026

𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 (𝐌𝐁𝐉) 𝐁𝐈𝐋𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝟏 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝟐𝟏 𝐀𝐏𝐑𝐈𝐋 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀
YBhg. Dato’ Sri Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Bilangan 1 Tahun 2026 pada hari ini di Menara PETRA. Mesyuarat kali ini membincangkan sebanyak enam (6) usul baharu serta cadangan penambahbaikan yang dibawakan oleh wakil pihak pekerja.
Mesyuarat MBJ menjadi platform penting dalam memperkukuh hubungan antara pihak pengurusan dengan warga kerja Kementerian, di samping membincangkan pelbagai perkara berkaitan pentadbiran, kewangan, pengurusan sumber manusia dan kebajikan pegawai.
Tahniah kepada semua wakil pihak pegawai dan wakil pihak pekerja atas komitmen berterusan yang telah ditunjukkan dalam mewujudkan suasana persekitaran kerja yang harmoni dan kondusif di PETRA.