Mesyuarat Khas Strategi Pelaksanaan Projek Pembangunan PETRA

𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐊𝐇𝐀𝐒 𝐒𝐓𝐑𝐀𝐓𝐄𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐊𝐒𝐀𝐍𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀 | 𝟗 - 𝟏𝟎 𝐅𝐄𝐁 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐏𝐔𝐓𝐑𝐀𝐉𝐀𝐘𝐀
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah menganjurkan Mesyuarat Khas Strategi Pelaksanaan Projek Pembangunan PETRA selama dua hari di Putrajaya.
Mesyuarat ini merupakan platform utama dalam merangka pelan pelaksanaan projek sepanjang Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13). Fokus utama diberikan kepada pemantapan infrastruktur bekalan elektrik dan sistem pengurusan air negara agar lebih mampan, berdaya tahan, dan inklusif demi kesejahteraan rakyat.