Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Pengurusan Aduan Awam (JKTPAK) PETRA

𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐓𝐄𝐓𝐀𝐏 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐀𝐃𝐔𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐌 (𝐉𝐊𝐓𝐏𝐀𝐊) 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀 | 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Pengurusan Aduan Awam (JKTPAK) PETRA Bil. 1/2026 yang berlangsung di Menara PETRA.
Mesyuarat ini diadakan sebagai platform strategik untuk meneliti, menganalisis, dan memantau prestasi pengurusan aduan orang ramai yang diterima melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) merangkumi seluruh Jabatan dan Agensi di bawah naungan PETRA.
Komitmen berterusan ini mencerminkan keterbukaan PETRA dalam memperkasakan penyampaian perkhidmatan teras, memastikan setiap maklum balas serta aduan rakyat ditangani dengan cekap, tuntas, dan berintegriti demi kesejahteraan bersama.