Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Bersama (JTC) PETRA–MSE ke-8

𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊𝐀𝐋 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 (𝐉𝐓𝐂) 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀–𝐌𝐒𝐄 𝐊𝐄-𝟖 | 𝟓 𝐍𝐎𝐕𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀
YBhg. Dato' Sri Mad Zaidi bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), telah menerima kunjungan hormat dan mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Bersama (JTC) PETRA–MSE ke-8 bersama delegasi daripada Kementerian Kemampanan dan Sekitaran (MSE) Singapura yang diketuai oleh Setiausaha Tetapnya, TYT Melvyn Ong, bertempat di Bilik Mesyuarat Mutiara, Menara PETRA.
Mesyuarat ini menjadi platform penting dalam memperkukuh kerjasama strategik dua hala, khususnya dalam perkongsian hasil perbincangan Kumpulan Kerja Teknikal (TWG) berkaitan pengurusan dan transformasi sumber air antara kedua-dua negara.