Mesyuarat Dan Pemantauan Projek Berstatus Lewat Jadual Di Kedah

𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐍𝐓𝐀𝐔𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊-𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐋𝐄𝐖𝐀𝐓 𝐃𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 | 𝟗 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇
YBhg. Dato’ Mohd Rodzwan bin Mohd Baba Sakri, Timbalan Ketua Setiausaha (Air), Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah mempengerusikan Mesyuarat Pemantauan Projek Berstatus Lewat Jadual bertujuan untuk membincangkan hala tuju, khususnya berkaitan dengan isu-isu pelaksanaan yang sedang dihadapi dan penyelesaian yang perlu diambil oleh pihak-pihak yang terlibat.
YBhg. Dato’ TKSU (Air) telah menetapkan tindakan yang perlu diambil oleh pihak-pihak bertanggungjawab berserta tempoh penyelesaian dan garis masa yang jelas. Pemantauan yang lebih rapi dan berterusan perlu dilaksanakan bagi memastikan kemajuan projek dapat dipulihkan serta setiap isu yang berbangkit dapat ditangani dan diselesaikan dengan segera.
Pelaksanaan projek-projek ini amat signifikan dalam memperkukuh daya tahan kawasan setempat terhadap risiko banjir, sekali gus memberikan perlindungan yang lebih berkesan kepada penduduk serta menjamin keselamatan, kesejahteraan dan kelangsungan aktiviti sosioekonomi masyarakat setempat.
Turut hadir ialah YBrs. Ir. Hanizan bin Deraman, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Bisnes) Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia, Pengarah JPS Negeri Kedah serta wakil agensi termasuk JKPTG, PTG, MADA, perunding dan kontraktor yang terlibat.