Mesyuarat Agung PUSPANITA Cawangan PETRA Tahunan Kali Ketiga

𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐀𝐆𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐋𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐍𝐀𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐑𝐀𝐍𝐒𝐅𝐎𝐑𝐌𝐀𝐒𝐈 𝐀𝐈𝐑 𝐊𝐀𝐋𝐈 𝐊𝐄𝐓𝐈𝐆𝐀 | 𝟑𝟎 𝐌𝐀𝐂 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀
Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Cawangan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah berjaya melaksanakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ketiga. Mesyuarat yang menghimpunkan ahli-ahli PUSPANITA PETRA ini bertujuan untuk membincangkan laporan tahunan serta memperkukuh hala tuju persatuan bagi sesi akan datang.