Mesyuarat Agung Kelab PETRA 2026

𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐀𝐆𝐔𝐍𝐆 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐁 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝟐 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐃𝐄𝐖𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐈𝐃𝐔𝐑𝐈, 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀
Kelab Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah berjaya menganjurkan Mesyuarat Agung Kelab PETRA bagi tahun 2026, bertempat di Dewan Baiduri, Menara PETRA.
Mesyuarat dimulakan dengan pembentangan Laporan Tahunan Kelab PETRA bagi sesi terdahulu, diikuti dengan sesi soal jawab bersama ahli bagi memastikan ketelusan dan tadbir urus yang baik. Acara kemuncak adalah sesi pemilihan bagi mengisi jawatan Ahli Jawatankuasa (AJK) Kelab PETRA sesi 2024 - 2026 yang akan digantikan dengan barisan AJK yang baharu untuk penggal seterusnya.
Sesi mesyuarat turut dimeriahkan dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang Kejohanan Pra-SUTRA 2025, sebagai tanda penghargaan ke atas penglibatan aktif warga kerja PETRA dalam bidang sukan.
Semoga barisan kepimpinan baharu Kelab PETRA akan terus komited dalam melaksanakan tanggungjawab bagi menjaga kebajikan dan memperkukuh semangat ukhuwah sesama warga PETRA.