Mechanical and Electrical on Water Symposium (MEWS) 2026

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐂𝐇𝐀𝐍𝐈𝐂𝐀𝐋 & 𝐄𝐋𝐄𝐂𝐓𝐑𝐈𝐂𝐀𝐋 𝐖𝐀𝐓𝐄𝐑 𝐒𝐘𝐌𝐏𝐎𝐒𝐈𝐔𝐌 (𝐌𝐄𝐖𝐒) | 𝟐𝟖 𝐀𝐏𝐑𝐈𝐋 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐏𝐔𝐓𝐑𝐀𝐉𝐀𝐘𝐀
YB Dato' Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad, Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), hari ini merasmikan Mechanical and Electrical on Water Symposium (MEWS) 2026 di Putrajaya. Simposium ini menghimpunkan pakar kejuruteraan, ahli akademik, dan pemain industri untuk memperkukuh sinergi teknologi hidromekanikal serta elektrikal dalam sektor air negara.
Bertemakan "𝘊𝘶𝘳𝘳𝘦𝘯𝘵 𝘵𝘰 𝘊𝘳𝘦𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯: 𝘛𝘩𝘦 𝘌𝘷𝘰𝘭𝘶𝘵𝘪𝘰𝘯 𝘰𝘧 𝘏𝘺𝘥𝘳𝘰𝘮𝘦𝘤𝘩𝘢𝘯𝘪𝘤𝘴", inisiatif ini menekankan peralihan daripada kaedah manual kepada ekosistem teknologi yang pintar dan automatik. Penggunaan komponen seperti pam moden dan instrumentasi hidrologi kini menjadi pemacu utama dalam membina sistem pengurusan air yang lebih cekap, responsif, dan berdaya tahan.
Melalui pemanfaatan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan sistem pemantauan masa nyata, PETRA bersama JPS komited meningkatkan kesiapsiagaan negara menghadapi risiko bencana air. Usaha ini selari dengan aspirasi Malaysia MADANI dalam memastikan kemampanan sumber air demi kesejahteraan rakyat dan daya tahan negara.