Malaysia Di Persidangan Agung IAEA Ke-70

ππππππππ ππ πππππππππππ πππππ ππππ ππ-ππ| ππ πππππππππ ππππ | ππππππ, πππππππ
YBhg. Datoβ Sri Haji Mad Zaidi Mohd Karli, Ketua Setiausaha PETRA telah menyampaikan Kenyataan Negara di Persidangan Agung International Atomic Energy Agency (IAEA) ke-70 Vienna, Austria.
Selaras dengan aspirasi NETR 2050, Malaysia sedang menilai tenaga nuklear sebagai salah satu pilihan sumber elektrik bersih bagi memperkukuh keselamatan dan keterjaminan bekalan tenaga.
Malaysia kini berada dalam Fasa 1 Pendekatan Berfasa IAEA, iaitu peringkat awal untuk menilai keperluan, kesediaan dan keupayaan negara merangkumi kesemua 19 aspek infrastruktur tenaga nuklear. Penilaian ini akan menjadi asas bagi membolehkan Kerajaan membuat keputusan akhir dalam pembangunan loji tenaga nuklear bagi penjanaan tenaga elektrik.
Malaysia juga sedang membuat persediaan bagi Misi Penilaian Infrastruktur Nuklear Bersepadu (INIR) Fasa 1.
Selain itu, Malaysia turut menekankan kepentingan keselamatan, sekuriti dan kawalgunaan nuklear, kerjasama teknikal serta penggunaan teknologi nuklear secara aman antaranya keterjaminan makanan, pertanian mampan dan pengurusan sumber air.