Majlis perasmian The Energy Transition Conference 2026 (ETCon26)

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈𝐀𝐍 𝐓𝐇𝐄 𝐄𝐍𝐄𝐑𝐆𝐘 𝐓𝐑𝐀𝐍𝐒𝐈𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐂𝐎𝐍𝐅𝐄𝐑𝐄𝐍𝐂𝐄 𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐄𝐓𝐂𝐨𝐧𝟐𝟔) | 𝟒 𝐉𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 𝐊𝐎𝐍𝐕𝐄𝐍𝐒𝐘𝐄𝐍 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐋𝐔𝐌𝐏𝐔𝐑 (𝐊𝐋𝐂𝐂)
YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, hari ini menyempurnakan Majlis Perasmian 𝘛𝘩𝘦 𝘌𝘯𝘦𝘳𝘨𝘺 𝘛𝘳𝘢𝘯𝘴𝘪𝘵𝘪𝘰𝘯 𝘊𝘰𝘯𝘧𝘦𝘳𝘦𝘯𝘤𝘦 2026 (ETCon26) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Majlis ini turut dihadiri oleh YB. Dato' Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad, Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), pengurusan tertinggi kementerian, serta kepimpinan utama Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Persidangan antarabangsa ini menjadi platform strategik bagi pemain industri bertukar pandangan dalam mempercepat peralihan kepada tenaga boleh baharu yang lebih bersih dan berdaya tahan. Langkah ini amat kritikal dalam mendepani cabaran geopolitik global serta memenuhi lonjakan permintaan bekalan tenaga yang stabil ekoran kepesatan pembangunan pusat data, ekonomi digital, dan industri semikonduktor berasaskan Kecerdasan Buatan (AI). Dalam ucapan perasmiannya, YAB Perdana Menteri turut menegaskan komitmen jitu Malaysia terhadap pelaksanaan ASEAN Power Grid demi keselamatan tenaga serantau.
Pada majlis yang sama, YAB Perdana Menteri turut menyaksikan pertukaran dokumen perjanjian strategik di bawah agenda Powering NETR. Projek yang melibatkan pembangunan 1.5 GWp solar dan 2.2 GWh Battery Energy Storage System (BESS) bagi projek 𝘎𝘳𝘰𝘶𝘯𝘥 𝘔𝘰𝘶𝘯𝘵𝘦𝘥 𝘚𝘰𝘭𝘢𝘳 serta 𝘏𝘺𝘣𝘳𝘪𝘥 𝘏𝘺𝘥𝘳𝘰 𝘍𝘭𝘰𝘢𝘵𝘪𝘯𝘨 𝘚𝘰𝘭𝘢𝘳 (HHFS) ini membuktikan kesungguhan PETRA dalam memacu Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) demi merealisasikan aspirasi Malaysia MADANI ke arah ekonomi rendah karbon.