Majlis Serahan Projek RTB Kepada Kerajaan Sarawak

𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐒𝐞𝐫𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐏𝐫𝐨𝐣𝐞𝐤 𝐑𝐓𝐁 𝐊𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐊𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐒𝐚𝐫𝐚𝐰𝐚𝐤 | 𝟏𝟑 𝐀𝐩𝐫𝐢𝐥 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐒𝐚𝐫𝐚𝐰𝐚𝐤
YAB Datuk Amar Haji Fadillah Bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) bersama PETRA Skuad telah menyaksikan penyerahan dua (2) projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) oleh PETRA kepada Kerajaan Sarawak yang telah siap sepenuhnya.
Projek-projek yang dilaksanakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) merangkumi:
- 𝐑𝐚𝐧𝐜𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐧𝐣𝐢𝐫 (𝐑𝐓𝐁) 𝐒𝐠. 𝐒𝐭𝐚𝐤𝐚𝐧
- 𝐑𝐚𝐧𝐜𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐧𝐣𝐢𝐫 (𝐑𝐓𝐁) 𝐒𝐢𝐛𝐮 𝐅𝐚𝐬𝐚 𝟑 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐤𝐨𝐬 𝐑𝐌𝟗𝟕.𝟐𝟎 𝐣𝐮𝐭𝐚
Dengan siapnya kedua-dua projek ini, risiko kejadian banjir di kawasan Sibu dan Stakan dapat dikurangkan secara signifikan dan memperkukuhkan kesejahteraan rakyat bagi memastikan kelangsungan aktiviti sosioekonomi setempat.