Majlis Serahan Projek Non-Revenue Water (NRW) Nasional Pendekatan 1 Negeri Sarawak

𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐒𝐞𝐫𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐏𝐫𝐨𝐣𝐞𝐤 𝐍𝐨𝐧-𝐑𝐞𝐯𝐞𝐧𝐮𝐞 𝐖𝐚𝐭𝐞𝐫 (𝐍𝐑𝐖) 𝐍𝐚𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐞𝐤𝐚𝐭𝐚𝐧 𝟏 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐒𝐚𝐫𝐚𝐰𝐚𝐤 𝐝𝐢 𝐒𝐭𝐞𝐬𝐞𝐧 𝐏𝐚𝐦 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐠𝐚𝐥𝐚𝐤 𝐒𝐮𝐧𝐠𝐚𝐢 𝐋𝐮𝐦𝐮𝐭 | 𝟏𝟑 𝐀𝐩𝐫𝐢𝐥 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐊𝐮𝐜𝐡𝐢𝐧𝐠, 𝐒𝐚𝐫𝐚𝐰𝐚𝐤
PETRA Skuad ke Sarawak kembali kepada hari kedua. YAB Datuk Amar Haji Fadillah Bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah menyaksikan penyerahan projek siap bagi pemasangan tangki termasuk peralatan pemantauan (instrument monitoring level) yang telah dilaksanakan oleh Jabatan Bekalan Air (JBA).
Penyerahan ini telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Ts. Anita binti Mohamed Shafie, Ketua Pengarah Jabatan Bekalan Air (JBA) selaku wakil Kerajaan Persekutuan kepada wakil Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak.
Peranan PETRA melalui JBA adalah khusus kepada pelaksanaan skop NRW di stesen ini, melibatkan:
Pendekatan ini menyokong usaha memperkukuh kecekapan sistem bekalan air, tanpa mengambil alih fungsi operasi sedia ada oleh JBALB.
PETRA menyokong, memperkasa dan melengkapkan demi pengurusan air yang lebih cekap dan mampan.