Majlis Sambutan dan Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1448H / 2026M

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐔𝐋𝐈𝐃𝐔𝐑 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋 | 𝟐𝟓 𝐎𝐆𝐎𝐒 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐒𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐆, 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) menyertai Majlis Sambutan dan Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1448H / 2026M yang telah berlangsung dengan penuh meriah di pekarangan Universiti Putra Malaysia (UPM), hari ini.
Kontinjen PETRA kelihatan segak dan bersemangat dalam persalinan bertema ungu, berarak bersama ribuan peserta lain dari pelbagai kementerian, jabatan, dan agensi kerajaan.
Kehadiran PETRA dalam perarakan ini mencerminkan komitmen berterusan warga Kementerian untuk memperingati junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Dengan menyerap teladan, sifat mulia, dan risalah yang dibawa Rasulullah, PETRA bertekad untuk menterjemahkan nilai-nilai tersebut ke dalam usaha berterusan bagi memberikan perkhidmatan terbaik dalam sektor tenaga dan air demi kemaslahatan masyarakat dan negara, berteraskan aspirasi Malaysia MADANI.