Majlis Perasmian War Room SPAN

ππππππ πππππππππ πππ ππππ ππππ | ππ πππππ ππππ | ππππππ πππ, πππππππππ
Kerajaan hari ini mengukuhkan benteng pertahanan sumber air negara melalui pelancaran Pusat Bilik Operasi War Room SPAN oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri PETRA, Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof. Melalui pendekatan whole-of-government, pusat ini menyepadukan data masa nyata dari 43 empangan utama melibatkan kolaborasi PETRA, SPAN, JPS, NADMA, dan operator air negeri bagi memastikan bekalan kekal stabil walaupun mendepani cabaran perubahan iklim.
Inisiatif ini bukan sekadar pemantauan teknikal, malah merupakan transformasi ke arah pengurusan air yang lebih proaktif dan telus. Meskipun bekalan masih terkawal, penurunan paras air di beberapa lokasi akibat cuaca panas memerlukan tindakan mitigasi segera, termasuk penyediaan bekalan alternatif dan teknologi rawatan tambahan bagi menjamin kelangsungan hidup rakyat.
Turut hadir YB. Dato' Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad, Timbalan Menteri PETRA, YBhg. Datoβ Mohd Rodzwan bin Mohd Baba Sakri, Timbalan Ketua Setiausaha (Air) PETRA, Datuk Ir. Abdul Kadir bin Mohd Din, Pengerusi SPAN, Dato' Hj. Ahmad Faizal bin Abdul Rahman, serta Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian dan Jabatan/Agensi.
Orang ramai kini boleh memantau status semasa sumber dan bekalan air di 43 empangan utama negara secara telus dan masa nyata melalui platform War Room di: