Majlis Perasmian Sambutan Hari Air Sedunia (HAS) 2026

𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐀𝐈𝐑 𝐒𝐄𝐃𝐔𝐍𝐈𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝟐𝟓 𝐀𝐏𝐑𝐈𝐋 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐏𝐀𝐍𝐓𝐀𝐈 𝐓𝐀𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆 𝐁𝐈𝐃𝐀𝐑𝐀, 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀
YAB Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), hari ini menyempurnakan Majlis Perasmian Sambutan Hari Air Sedunia (HAS) 2026 Peringkat Kebangsaan bersama YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka.
Berteraskan tema "Air Milik Semua", majlis bersejarah ini turut menyaksikan peluncuran Dasar Air Negara sebagai kerangka utama dalam mentransformasikan pengurusan sumber air negara secara inklusif dan holistik. Selain itu, PETRA turut menyerahkan Projek Menaiktaraf Sistem Saliran bagi mengatasi masalah banjir kilat di Bandaraya Melaka Bersejarah bernilai RM10.351 juta kepada Kerajaan Negeri Melaka.
Sambutan ini menjadi platform penting dalam menyatukan semua pihak demi memastikan kemampanan dan keselamatan sumber air negara untuk kesejahteraan generasi masa hadapan.