Majlis Perasmian Projek Perintis Pensijilan Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐓𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐒𝐈𝐉𝐈𝐋𝐀𝐍 𝐒𝐈𝐒𝐓𝐄𝐌 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐈𝐌𝐏𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐍𝐀𝐆𝐀 𝐁𝐀𝐓𝐄𝐑𝐈 (𝐁𝐄𝐒𝐒) | 𝟏𝟐 𝐍𝐎𝐕𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐊𝐀𝐏𝐀𝐑, 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑
YAB Dato' Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah menyempurnakan Majlis Perasmian Projek Perintis Pensijilan Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri (𝘉𝘢𝘵𝘵𝘦𝘳𝘺 𝘌𝘯𝘦𝘳𝘨𝘺 𝘚𝘵𝘰𝘳𝘢𝘨𝘦 𝘚𝘺𝘴𝘵𝘦𝘮 - BESS) di Kapar, Selangor hari ini.
Inisiatif yang diterajui oleh BESSC Sdn. Bhd. dengan sokongan PETRA, Suruhanjaya Tenaga (ST) dan Jabatan Standard Malaysia ini menjadi medan ujian praktikal dalam membangunkan kerangka pensijilan tambahan BESS yang selamat, berdaya saing serta selaras dengan keperluan operasi sistem tenaga negara.
Dalam ucapannya, YAB Timbalan Perdana Menteri menegaskan bahawa aspek keselamatan dan pematuhan piawaian mesti menjadi teras utama dalam setiap pembangunan teknologi tenaga bagi melindungi keselamatan awam serta memperkukuh kestabilan grid elektrik negara. Beliau turut menzahirkan keyakinan bahawa menerusi kerjasama erat antara kerajaan, industri, institusi teknikal dan rakan strategik, Malaysia mampu membangunkan ekosistem BESS yang kukuh serta muncul sebagai peneraju serantau dalam teknologi penyimpanan tenaga.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah YBhg. Tan Sri Datuk Dr. Ir. Ahmad Tajuddin bin Ali, Pengerusi Bersama (Industri) MIGHT; YBrs. Dr. Eddie Hu, Penasihat Perniagaan Kanan BESSC Sdn. Bhd.; wakil-wakil kementerian dan agensi kerajaan serta pemain industri.