Majlis Perasmian Projek Kampung Angkat MADANI di Kampung Orang Asli (KOA) Berasau, Kluang, Johor

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐍𝐆 𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐃𝐈 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐍𝐆 𝐎𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐀𝐒𝐋𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐀𝐒𝐀𝐔, 𝐊𝐋𝐔𝐀𝐍𝐆 | 𝟏𝟖 𝐀𝐏𝐑𝐈𝐋 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐊𝐋𝐔𝐀𝐍𝐆, 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑
YAB Datuk Amar Hj. Fadillah Bin Hj. Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) hari ini telah merasmikan Projek Kampung Angkat MADANI di Kampung Orang Asli (KOA) Berasau, Kluang, Johor. Turut hadir, YB. Dato' Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor, YBhg. Dato' Sri Haji Mad Zaidi Bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha PETRA, YBhg. Dato’ Mohd Rodzwan bin Mohd Baba Sakri, Timbalan Ketua Setiausaha (Air) PETRA, serta Ybhg. Dato' Hamzah bin Hussin, Ketua Pegawai Eksekutif SEDA Malaysia.
Projek inovatif ini memperkenalkan konsep Integrated Photovoltaic System (Solar PV Off-Grid) yang merupakan pertama seumpamanya dilaksanakan di kawasan perkampungan Orang Asli yang jauh dari jalan utama. Sistem ini mempunyai kapasiti pemasangan melebihi 50 kilowatt puncak (52.7kWp) dengan sistem penstoran bateri sebanyak 516 kilowatt jam (kWh) yang menjamin bekalan elektrik bersih secara berterusan selama 24 jam kepada balai raya serta 22 buah rumah penduduk. Kehadiran sistem bateri ini sangat kritikal bagi memastikan ketersediaan tenaga yang stabil dan boleh diharap pada setiap masa.
Inisiatif ini merupakan manifestasi Kerajaan MADANI dalam merapatkan jurang infrastruktur luar bandar, memastikan kesejahteraan komuniti Orang Asli terus diperkasakan selaras dengan polisi hijau negara.