Majlis Perasmian National Conference on Stormwater Management (SWaM 2026)

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈𝐀𝐍 𝐍𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍𝐀𝐋 𝐂𝐎𝐍𝐅𝐄𝐑𝐄𝐍𝐂𝐄 𝐎𝐍 𝐒𝐓𝐎𝐑𝐌𝐖𝐀𝐓𝐄𝐑 𝐌𝐀𝐍𝐀𝐆𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓 (𝐒𝐖𝐚𝐌 𝟐𝟎𝟐𝟔) | 𝟐 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐋𝐔𝐌𝐏𝐔𝐑
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) bersama Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) terus memperkukuh daya tahan bandar menerusi pengurusan saliran mesra alam bagi mendepani cabaran perubahan iklim dan cuaca ekstrem.
Persidangan National Conference on Stormwater Management (SWaM 2026) ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad, Timbalan Menteri PETRA. Edisi kali ini dianjurkan oleh JPS dan Malaysian Stormwater Organisation (MSO), dengan kerjasama strategik daripada River Engineering and Urban Drainage Research Centre (REDAC) serta The Institution of Engineers, Malaysia (IEM).
Seramai 400 peserta yang terdiri daripada agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan, institusi profesional, ahli akademik, dan sektor swasta berhimpun bagi membincangkan penambahbaikan pengurusan banjir kilat. Tumpuan utama diberikan kepada langkah melangkaui kejuruteraan konvensional dengan mengintegrasikan penyelesaian berasaskan alam semula jadi (Nature-based Solutions – NbS), penggunaan data, serta teknologi digital demi membina bandar yang lebih selamat dan mampan.
Turut hadir YBhg. Dato' Mohd Norhisham bin Musa, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) PETRA, YBhg. Datuk Ir. Mohamad Radzi bin Abdul Talib, Ketua Pengarah JPS, serta para pegawai tinggi kerajaan, penganjur, dan rakan industri.