Majlis Perasmian Hari Inovasi JPS Malaysia Tahun 2026

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐈𝐍𝐎𝐕𝐀𝐒𝐈 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐈𝐑𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐋𝐈𝐑𝐀𝐍 (𝐉𝐏𝐒) 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝟏𝟎 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐂𝐘𝐁𝐄𝐑𝐉𝐀𝐘𝐀, 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah menganjurkan Hari Inovasi JPS Malaysia Tahun 2026 yang berlangsung di Dewan Serbaguna JPS Malaysia, Cyberjaya. Majlis perasmian majlis ini telah disempurnakan oleh Pn. Roshana Alma binti Mohd Ali, Setiausaha Bahagian Sumber Air PETRA mewakili pihak kementerian, serta disaksikan oleh Datuk Ir. Mohamad Radzi bin Abdul Talib, Ketua Pengarah JPS.
Penganjuran acara dwi-tahunan ini bertujuan untuk menghargai serta mengiktiraf usaha warga JPS dalam membudayakan inovasi dan mempamerkan hasil kreatif yang menyumbang kepada peningkatan kecekapan penyampaian perkhidmatan, pengurusan sumber air, serta pembangunan sektor pengairan dan saliran negara.
Selain perasmian, majlis turut diseri dengan sesi penyampaian anugerah seperti Anugerah Penilaian Outcome, Anugerah Pengurusan Projek Pembinaan Terbaik (A3PT), dan Pertandingan Horizon Baharu Kumpulan Inovatif & Kreatif (HBKIK) bagi mengiktiraf kecemerlangan warga kerja.