Majlis Perasmian Energy Tech Summit Asia 2026

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈𝐀𝐍 𝐄𝐍𝐄𝐑𝐆𝐘 𝐓𝐄𝐂𝐇 𝐒𝐔𝐌𝐌𝐈𝐓 𝐀𝐒𝐈𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝟐𝟗 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐋𝐔𝐌𝐏𝐔𝐑
YB Dato' Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad, Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), telah hadir menyempurnakan majlis perasmian Energy Tech Summit Asia 2026 yang berlangsung di Kuala Lumpur hari ini.
Energy Tech Summit Asia merupakan platform serantau utama yang menghimpunkan para pencetus inovasi dan pemain industri tenaga global bagi merancangkan masa hadapan sektor tenaga. Penganjuran kali ini memberi tumpuan khusus kepada pemantapan tenaga boleh baharu, integrasi teknologi kecerdasan buatan (AI), pemodenan grid elektrik, serta pengukuhan jalinan kerjasama strategik bersama rakan industri.
Peralihan tenaga negara bukan sahaja tertumpu kepada agenda tenaga hijau semata-mata, malah bermatlamat memastikan bekalan tenaga kekal selamat, mampan, dan berpatutan demi kesejahteraan rakyat serta kemajuan negara. Melalui persidangan ini, Malaysia komited untuk memacu pelaksanaan inovasi teknologi agar memberi impak positif serta membuka lebih banyak peluang pelaburan berasaskan tenaga di peringkat tempatan mahupun rantau Asia.