Majlis Perasmian Energy Regulatory Insights (ERI) 2026

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈𝐀𝐍 𝐄𝐍𝐄𝐑𝐆𝐘 𝐑𝐄𝐆𝐔𝐋𝐀𝐓𝐎𝐑𝐘 𝐈𝐍𝐒𝐈𝐆𝐇𝐓𝐒 (𝐄𝐑𝐈) | 𝟖 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐏𝐄𝐓𝐀𝐋𝐈𝐍𝐆 𝐉𝐀𝐘𝐀, 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melalui Suruhanjaya Tenaga (ST) telah melancarkan Energy Regulatory Insights (ERI) 2026 hari ini. Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Tuan Haji Akmal Nasrullah Mohd Nasir, Menteri Ekonomi.
Turut hadir menyaksikan pelancaran ialah YBrs. Puan Mareena binti Mahpudz, Timbalan Ketua Setiausaha (Tenaga) PETRA, YBhg. Datuk Seri Asri Hamidin @ Hamidon, Pengerusi ST, serta Puan Siti Safinah binti Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif ST.
ERI 2026 berkhidmat sebagai platform strategik yang menghimpunkan pembuat dasar, pengawal selia, pemimpin industri, pelabur, dan penggiat teknologi. Forum ini meneroka bagaimana reformasi ekonomi dan kawal selia yang berani mampu mempercepatkan peralihan tenaga, membuka peluang pelaburan, meningkatkan daya saing, serta memacu ekosistem tenaga Malaysia yang berdaya tahan dan mampan.
Dalam majlis ini, penekanan turut diberikan kepada pencapaian sasaran 70% kapasiti terpasang Tenaga Boleh Baharu (TBB) menjelang tahun 2050 di bawah Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), yang bakal memacu pelaburan berimpak tinggi serta mewujudkan peluang pekerjaan berkualiti untuk rakyat.