Majlis Penyerahanan Projek Pembangunan Di Bawah PETRA Kepada Kerajaan Negeri Terengganu

ππππππ ππππππππππ ππππππ πππππππππππ ππ πππππ πππππ ππππππ ππππππππ ππππππππππ | ππ πππππππ ππππ | ππππππ πππππ
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) bersama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia telah berjaya menyiapkan dua projek pembangunan impak tinggi dan menyerahkannya secara rasmi kepada Kerajaan Negeri Terengganu dalam satu majlis yang berlangsung di Menara PETRA pada 15 Oktober 2026.
Sesi penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah JPS Malaysia, YBhg. Datuk Ir. Mohamad Radzi bin Abdul Talib, kepada Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Terengganu, YBhg. Datoβ Haji Azran Amin bin Mazlan. Majlis penuh bermakna ini turut disaksikan oleh Ketua Setiausaha PETRA, YBhg. Datoβ Sri Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli, serta Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, YB Datoβ Haji Mohd Azmi bin Mohamad Daham.
Pelaksanaan projek ini merupakan langkah proaktif PETRA dalam memperkasakan infrastruktur air negara, yang bertujuan khusus untuk mengurangkan risiko bencana banjir, menangani isu hakisan pantai secara mampan, serta menjamin keselamatan dan kesejahteraan komuniti setempat di Negeri Terengganu.