Majlis Penyerahan Projek-Projek Bekalan Air di Wilayah Persekutuan Labuan

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊-𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐁𝐄𝐊𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐀𝐈𝐑 𝐃𝐈 𝐖𝐈𝐋𝐀𝐘𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐊𝐔𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐁𝐔𝐀𝐍 | 𝟐𝟕 𝐉𝐀𝐍𝐔𝐀𝐑𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐖𝐈𝐋𝐀𝐘𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐊𝐔𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐁𝐔𝐀𝐍
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) hari ini telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Projek-Projek Bekalan Air di Wilayah Persekutuan Labuan yang disempurnakan oleh YAB Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air.
Majlis ini menandakan kejayaan penyiapan sembilan (9) projek bekalan air bernilai RM133 juta yang dilaksanakan melalui Jabatan Bekalan Air (JBA). Projek-projek ini merangkumi tiga (3) projek di bawah RMKe-11 (RM106.5 juta), dua (2) projek 𝘰𝘯𝘦-𝘰𝘧𝘧 RMKe-12 (RM4.78 juta), serta empat (4) projek jangka pendek di bawah Belanjawan 2024 (RM22.4 juta).
- 𝐏𝐞𝐧𝐲𝐞𝐥𝐞𝐬𝐚𝐢𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐟𝐚𝐬𝐚: Penyerahan ini adalah langkah strategik untuk mengatasi masalah ketidaktentuan bekalan air yang membelenggu penduduk Labuan sekian lama.
- 𝐎𝐛𝐣𝐞𝐤𝐭𝐢𝐟 𝐔𝐭𝐚𝐦𝐚: Fokus diberikan kepada pengukuhan sistem agihan, peningkatan kapasiti pengeluaran dan simpanan, serta pengurangan kadar Air Tidak Berhasil (NRW).
- 𝐑𝐞𝐬𝐩𝐨𝐧 𝐓𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝𝐚𝐩 𝐊𝐫𝐢𝐬𝐢𝐬: Mengambil iktibar daripada gangguan bekalan air pada Januari 2026 akibat fenomena alam dan pergerakan tanah yang menjejaskan hampir 16,000 penduduk, Kerajaan komited memperkukuh ketahanan infrastruktur air menghadapi risiko iklim.
- 𝐈𝐧𝐟𝐫𝐚𝐬𝐭𝐫𝐮𝐤𝐭𝐮𝐫 𝐅𝐢𝐳𝐢𝐤𝐚𝐥: Penambahbaikan melibatkan naik taraf sistem mekanikal dan elektrikal, penggantian pam, serta baik pulih tangki bagi meningkatkan kecekapan operasi.