Majlis Penyerahan Projek Penggantian Paip Di Maran, Pahang

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐓𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐈𝐏 𝐃𝐈 𝐌𝐀𝐑𝐀𝐍, 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆 | 𝟐𝟖 𝐎𝐆𝐎𝐒 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐌𝐀𝐑𝐀𝐍, 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melalui Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) berjaya menyempurnakan Projek Penggantian Paip sepanjang 29.6 kilometer di daerah Maran bernilai RM11.19 juta.
Projek berimpak tinggi ini berjaya disiapkan 3 bulan (91 hari) lebih awal daripada tempoh yang ditetapkan, sekali gus menyelesaikan isu gangguan bekalan air bersih yang dihadapi hampir 10,000 penduduk di Kampung Serengkam, Kampung Ulu Luit, Kampung Pejing, Ulu Jempul dan Chenor sejak hampir dua dekad lalu.
Majlis perasmian dan penyerahan projek telah disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail di Loji Rawatan Air Chenor, Maran dan disaksikan oleh YB Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad, YB Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Mohd Shahar Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP), Datuk Saiful Zaini Mohd Bokhari serta Ketua Pegawai Eksekutif PAAB, Ir. Zulkiflee Omar.
Pelaksanaan projek penggantian paip lama dan uzur ini dapat mengurangkan kadar Air Tidak Berhasil (NRW), menstabilkan tekanan bekalan air terutamanya pada musim perayaan dan kemarau, seterusnya menyokong aspirasi PETRA dalam memastikan kecekapan infrastruktur air negara secara mampan demi kesejahteraan rakyat.