Majlis Penyerahan 6 Projek Siap Kepada Kerajaan Negeri Selangor

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝟔 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐒𝐈𝐀𝐏 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑 | 𝟐𝟏 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐒𝐇𝐀𝐇 𝐀𝐋𝐀𝐌
Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) terus komited dalam memperkukuh daya tahan infrastruktur air dan perlindungan pantai di Selangor.
Satu majlis penyerahan enam (6) projek siap dengan nilai keseluruhan RM83.46 juta telah disempurnakan hari ini. Penyerahan telah dilaksanakan oleh YBhg. Datuk Ir. Mohamad Radzi bin Abdul Talib, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia kepada YB Dato' Dr. Ahmad Fadzli bin Ahmad Tajuddin, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.
Majlis tersebut turut disaksikan oleh YAB Dato' Seri Amirudin bin Shari, Menteri Besar Selangor bersama YBhg. Dato' Sri Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha PETRA yang mewakili YAB Menteri PETRA
Projek-projek ini merangkumi tiga (3) projek kawalan hakisan pantai, satu (1) projek pemuliharaan pantai dan dua (2) projek mitigasi banjir sungai. Pelaksanaan projek-projek ini memperkukuh perlindungan terhadap risiko banjir dan hakisan pantai serta melindungi nyawa, harta benda dan kesejahteraan rakyat.
Di samping itu, Kerajaan Persekutuan turut meluluskan 25 projek di bawah Rolling Plan Pertama RMKe-13 bernilai RM3.639 bilion bagi Negeri Selangor.
Usaha berterusan ini mencerminkan komitmen PETRA dan JPS Malaysia dalam memastikan keselamatan, ketahanan bencana, dan kesejahteraan sosioekonomi rakyat sentiasa terpelihara selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.