Majlis Penutup Siri Dialog Bersama World Economic Forum.

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝐃𝐈𝐀𝐋𝐎𝐆 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀'𝐒 𝐄𝐍𝐄𝐑𝐆𝐘 𝐅𝐔𝐓𝐔𝐑𝐄 : 𝐏𝐎𝐖𝐄𝐑 𝐒𝐄𝐂𝐓𝐎𝐑 𝐃𝐄𝐂𝐀𝐑𝐁𝐎𝐍𝐈𝐙𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐃𝐄𝐄𝐏 𝐃𝐈𝐕𝐄 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐖𝐎𝐑𝐋𝐃 𝐄𝐂𝐎𝐍𝐎𝐌𝐈𝐂 𝐅𝐎𝐑𝐔𝐌 | 𝟐 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐋𝐔𝐌𝐏𝐔𝐑
YAB Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) hari ini telah menyempurnakan Majlis Penutup Siri Dialog 𝘔𝘢𝘭𝘢𝘺𝘴𝘪𝘢'𝘴 𝘌𝘯𝘦𝘳𝘨𝘺 𝘍𝘶𝘵𝘶𝘳𝘦: 𝘗𝘰𝘸𝘦𝘳 𝘚𝘦𝘤𝘵𝘰𝘳 𝘋𝘦𝘤𝘢𝘳𝘣𝘰𝘯𝘪𝘻𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯 𝘋𝘦𝘦𝘱 𝘋𝘪𝘷𝘦 sekaligus meluncurkan laporan wawasan (𝘐𝘯𝘴𝘪𝘨𝘩𝘵 𝘙𝘦𝘱𝘰𝘳𝘵) bertajuk 𝘉𝘦𝘺𝘰𝘯𝘥 𝘊𝘰𝘢𝘭: 𝘉𝘶𝘪𝘭𝘥𝘪𝘯𝘨 𝘢 𝘍𝘭𝘦𝘹𝘪𝘣𝘭𝘦, 𝘙𝘦𝘴𝘪𝘭𝘪𝘦𝘯𝘵 𝘢𝘯𝘥 𝘊𝘭𝘦𝘢𝘯 𝘗𝘰𝘸𝘦𝘳 𝘚𝘺𝘴𝘵𝘦𝘮 𝘧𝘰𝘳 𝘔𝘢𝘭𝘢𝘺𝘴𝘪𝘢, sebuah hasil kerjasama strategik antara PETRA dan World Economic Forum (WEF) dengan sokongan KPMG di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur.
Laporan ini menggariskan strategi inklusif negara dalam menghentikan penjanaan elektrik berasaskan arang batu menjelang 2044 melalui pendekatan inovatif seperti pengitaran semula tapak arang batu sedia ada kepada hab tenaga bersih. Usaha ini dijangka mampu menjana nilai ekonomi baharu dan mewujudkan peluang pekerjaan masa hadapan berpandukan prinsip keandalan serta keterjangkauan tenaga demi kemakmuran rakyat.
Acara kemuncak Siri dialog diteruskan dengan sesi diskusi antara pemegang taruh tenaga negara iaitu YBrs. Puan Mareena binti Mahpudz, Timbalan Ketua Setiausaha (Tenaga) PETRA, YBrs. Puan Siti Safinah binti Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Tenaga (ST), Datuk Ir. Ts. Shamsul bin Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB), Dato’ Omar Siddiq Bin Amin Noer Rashid, Ketua Pegawai Eksekutif HSBC Bank Malaysia Berhad dan Dr. Wei-nee Chen, Ketua Pasaran Karbon, Bursa Malaysia.