Majlis Penutup International Sustainable Energy Summit (ISES) 2026

๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐๐) ๐๐๐๐ | ๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ | ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐๐)
Penganjuran International Sustainable Energy Summit (ISES) 2026 edisi ke-7 yang berlangsung selama dua hari di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bertemakan "๐๐ฏ๐ท๐ช๐ด๐ช๐ฐ๐ฏ๐ช๐ฏ๐จ ๐๐ถ๐ด๐ต๐ข๐ช๐ฏ๐ข๐ฃ๐ญ๐ฆ ๐๐ฏ๐ฆ๐ณ๐จ๐บ ๐๐ฆ๐บ๐ฐ๐ฏ๐ฅ ๐๐ฐ๐ณ๐ฅ๐ฆ๐ณ๐ด" telah melabuhkan tirainya secara rasmi hari ini. Majlis penutupan sidang kemuncak ini telah disempurnakan oleh YB Datoโ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Beliau dalam ucaptamanya menegaskan bahawa kepimpinan wanita, kepelbagaian, serta keterangkuman merupakan elemen teras dalam mempercepatkan peralihan kepada sistem tenaga yang lebih mampan, berdaya tahan, dan inklusif.
Majlis penutupan tersebut turut dihadiri oleh YBhg. Tan Sri Dr. Wan Ahmad Dahlan Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam merangkap Pengerusi SEDA Malaysia dan Penasihat ISES Ke-7 2026; YBhg. Dato' Sri Haji Mad Zaidi Bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha PETRA; serta YBhg. Dato' Hamzah Hussin, Ketua Pegawai Eksekutif SEDA Malaysia merangkap Pengerusi Penganjur ISES Ke-7 2026.
Penganjuran kemuncak ISES 2026 ini turut diisi dengan pelbagai program berimpak seperti Sesi Plenari khas "๐๐ฏ๐ฆ๐ณ๐จ๐บ ๐๐ณ๐ข๐ฏ๐ด๐ช๐ต๐ช๐ฐ๐ฏ ๐๐ฉ๐ณ๐ฐ๐ถ๐จ๐ฉ ๐๐ฐ๐ฎ๐ฆ๐ฏ ๐๐ฆ๐ข๐ฅ๐ฆ๐ณ๐ด๐ฉ๐ช๐ฑ", dialog persidangan, bengkel selam rinci, SEDA Innovation Challenge (SIC), Bahas Piala Menteri, serta pameran teknikal.
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) bersama SEDA Malaysia kekal komited untuk memperkukuh kerjasama rentas sempadan serta mempercepatkan agenda tenaga bersih negara dan rantau ASEAN.