Majlis Penutup Energy Regulatory Insights (ERI) 2026

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏 𝐄𝐍𝐄𝐑𝐆𝐘 𝐑𝐄𝐆𝐔𝐋𝐀𝐓𝐎𝐑𝐘 𝐈𝐍𝐒𝐈𝐆𝐇𝐓𝐒 (𝐄𝐑𝐈) | 𝟗 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐏𝐄𝐓𝐀𝐋𝐈𝐍𝐆 𝐉𝐀𝐘𝐀, 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑
Majlis penutup 𝘌𝘯𝘦𝘳𝘨𝘺 𝘙𝘦𝘨𝘶𝘭𝘢𝘵𝘰𝘳𝘺 𝘐𝘯𝘴𝘪𝘨𝘩𝘵𝘴 (ERI) 2026 anjuran Suruhanjaya Tenaga (ST) telah melabuhkan tirainya dengan jayanya setelah berlangsung selama dua hari bermula 8 hingga 9 September 2026. Penganjuran bertemakan "𝘌𝘯𝘦𝘳𝘨𝘺 𝘙𝘦𝘧𝘰𝘳𝘮, 𝘗𝘰𝘸𝘦𝘳𝘪𝘯𝘨 𝘎𝘳𝘰𝘸𝘵𝘩" ini menjadi medan penting yang menghimpunkan pelbagai pihak pemegang taruh untuk menterjemahkan dasar kepada tindakan praktikal demi memantapkan ekosistem tenaga negara.
Persidangan tahun ini turut menyaksikan pelancaran Kempen Komunikasi Akta Kecekapan dan Pemuliharaan Tenaga (EECA) 2024 bertemakan "Hargai Tenaga, Guna dengan Bijak". Usaha ini menjadi bukti komitmen berterusan ST dalam mengukuhkan kecekapan tenaga serta memastikan kerangka kawal selia sentiasa dinamik seiring perkembangan teknologi, keperluan pelaburan, dan pertumbuhan ekonomi negara yang berdaya tahan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua penceramah, rakan strategik, serta peserta yang hadir menjayakan ERI 2026. Bersama-sama kita memacu peralihan tenaga Malaysia ke arah masa depan yang lebih mampan, selamat, dan bersedia mendepani cabaran.