Majlis Pembukaan The Energy Transition Conference 2026 (ETCon26)

ππππππ πππππππππ πππ ππππππ ππππππππππ ππππ
ππππππ ππππ (ππππ¨π§ππ) | π πππ ππππ | πππππ ππππππππππ πππππ ππππππ (ππππ)
YAB Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) hari ini menyempurnakan pembukaan The Energy Transition Conference 2026 (ETCon26) di KLCC. Persidangan anjuran Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang mula diperkenalkan pada tahun 2023 ini merupakan platform utama rantau ASEAN bagi memacu peralihan tenaga bersih secara bertanggungjawab demi masa depan rendah karbon.
Kembali untuk edisi kedua dengan tema βEnergy & AI: The Synergy for Energy Transitionβ, persidangan tahun ini berpaksikan tiga tunjang strategik iaitu meletakkan tenaga sebagai asas pertumbuhan bersama Kecerdasan Buatan (AI) bagi mengoptimumkan operasi, mengurus permintaan, dan menyokong dekarbonisasi. Melalui sinergi teknologi ini, PETRA komited memacu kolaborasi rentas sektor demi membina ekosistem tenaga serantau yang lebih pintar, selamat, dan mampan untuk manfaat kemanusiaan dan generasi masa hadapan.
Pada majlis yang sama, YAB Timbalan Perdana Menteri turut menyempurnakan majlis penyampaian hadiah Cabaran Cool-Lah yang dianjurkan oleh Program Literasi Tenaga Malaysia (MELP) bersama EcoKnights, serta disokong oleh UNEP-United for Efficiency (U4E) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Inisiatif ini berjaya meningkatkan kesedaran kecekapan tenaga dengan meraikan penglibatan kreatif golongan belia sekolah menengah dalam memperkasa amalan penyejukan pintar dan literasi tenaga.