Majlis Pembukaan International Sustainable Energy Summit (ISES) 2026

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐔𝐊𝐀𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐓𝐄𝐑𝐍𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍𝐀𝐋 𝐒𝐔𝐒𝐓𝐀𝐈𝐍𝐀𝐁𝐋𝐄 𝐄𝐍𝐄𝐑𝐆𝐘 𝐒𝐔𝐌𝐌𝐈𝐓 (𝐈𝐒𝐄𝐒) 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐊𝐀𝐋𝐈 - 𝟕 | 𝟏𝟏 𝐎𝐆𝐎𝐒 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 𝐊𝐎𝐍𝐕𝐄𝐍𝐒𝐘𝐄𝐍 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐋𝐔𝐌𝐏𝐔𝐑 (𝐊𝐋𝐂𝐂)
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melalui Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA Malaysia) telah menganjurkan 7th International Sustainable Energy Summit (ISES) 2026 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) selama dua hari bermula hari ini.
Majlis pembukaan ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir, Menteri Ekonomi Malaysia bersama-sama YB Dato' Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad, Timbalan Menteri PETRA. Turut hadir bersama ialah Tan Sri Dr. Wan Ahmad Dahlan Haji Abdul Aziz (Pengerusi SEDA Malaysia), Dato' Sri Haji Mad Zaidi Bin Mohd Karli (KSU PETRA), serta Puan Mareena binti Mahpudz (TKSU Tenaga, PETRA).
Bersempena dengan majlis persidangan ini, PETRA secara rasminya telah melancarkan Dasar dan Pelan Tindakan Kecekapan Tenaga Negara 2026–2035 (NEEAP 2.0). Pelan tindakan 10 tahun ini mensasarkan peningkatan kecekapan penggunaan tenaga elektrik dan termal sebanyak 11.6% berbanding keadaan biasa, dengan anggaran penjimatan tenaga kumulatif sebanyak 815,000 terajoule (TJ) yang setara dengan keperluan bekalan elektrik seluruh Semenanjung Malaysia selama hampir dua tahun.
Pelaksanaan NEEAP 2.0 dijangka memberikan impak besar kepada ekonomi dan ekosistem tenaga hijau negara dengan menjana nilai penjimatan tenaga bersih sebanyak RM85 bilion serta menarik pelaburan swasta berjumlah RM36 bilion. Di samping mewujudkan kira-kira 29,000 peluang pekerjaan baharu, pelan ini turut membantu mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 26 juta tan CO2 menjelang tahun 2035.
Inisiatif ini membuktikan komitmen Kerajaan dalam memacu aspirasi pelepasan sifar bersih menjelang 2050 dan memperkasa pembangunan rendah karbon selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.