Majlis Peluncuran Sistem Inovatif Ladang Solar Fotovoltaik Bersama Sistem Penstoran Tenaga (BESS)

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐋𝐔𝐍𝐂𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐒𝐎𝐋𝐀𝐑 𝐅𝐎𝐓𝐎𝐕𝐎𝐋𝐓𝐀𝐈𝐊 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐈𝐒𝐓𝐄𝐌 𝐒𝐈𝐒𝐓𝐄𝐌 𝐏𝐄𝐍𝐒𝐓𝐎𝐑𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐍𝐀𝐆𝐀 (𝐁𝐄𝐒𝐒) 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐊𝐄𝐆𝐔𝐍𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐇𝐔𝐒𝐔𝐒 𝐊𝐋𝐈𝐀 | 𝟐𝟗 𝐉𝐀𝐍𝐔𝐀𝐑𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐒𝐄𝐏𝐀𝐍𝐆, 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑
YAB Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah menyempurnakan majlis peluncuran sistem inovatif ini yang menggabungkan teknologi solar fotovoltaik bersama Sistem Penstoran Tenaga (BESS) bagi kegunaan khusus di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Projek strategik ini merupakan hasil kerjasama erat antara syarikat berkaitan kerajaan dan sektor swasta melalui penubuhan entiti khas (SPV) iaitu Cenergi Aeropolis Renewable Energy Sdn. Bhd. (CARE) yang melibatkan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dan Cenergi SEA Berhad. Usaha ini dijangka mampu menjana sekitar 46 Gigawatt-jam (GWj) tenaga elektrik hijau setahun serta mengurangkan pelepasan karbon dioksida sebanyak 35,000 tan setahun, sekali gus menyokong sasaran MAHB untuk mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050.
Majlis turut dihadiri oleh YB Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah, Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia, YBrs. Puan Mareena Binti Mahpudz, Timbalan Ketua Setiausaha (Tenaga) PETRA, YBrs. Dr Nor Fuad Abdul Hamid, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pengangkutan, pengurusan tertinggi UEM Group Berhad, MAHB serta Cenergi SEA Berhad.