Majlis Pelancaran Projek Solar Berskala Besar (LSS5) Di Pasir Mas, Kelantan

ππππππ ππππππππππ ππππππ πππππ ππππππππ πππππ ππππ ππ πππππ πππ, ππππππππ | ππ πππππ ππππ | πππππ πππ, ππππππππ
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) hari ini melancarkan Projek Solar Berskala Besar (LSS5) di Pasir Mas, Kelantan yang dirasmikan oleh YAB Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), serta YAB Dato' Panglima Perang Ustaz Dato' Haji Mohd Nassuruddin bin Haji Daud, Menteri Besar Kelantan.
Pelaksanaan projek LSS5 ini melibatkan dua buah syarikat utama iaitu Samaiden Legasi Timur Sdn. Bhd. dengan kapasiti 99.99 MW dan GVU Fajar Timur berkapasiti 27.60 MW, menjadikan jumlah keseluruhan kapasiti yang bakal dijana sebanyak 127.59 MW. Selain menyumbang secara signifikan kepada kestabilan bekalan elektrik negara, pelaksanaan projek strategik ini dijangka mampu mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan baharu dan merangsang pertumbuhan ekonomi setempat yang memberi manfaat yang berterusan kepada komuniti di Pasir Mas dan Negeri Kelantan secara keseluruhannya.
Projek ini turut menjadi manifestasi keyakinan pelabur terhadap dasar tenaga negara dan simbol kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri serta sektor swasta dalam menyokong agenda ekonomi rendah karbon selaras dengan aspirasi Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR). Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Suruhanjaya Tenaga, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Tenaga Nasional Berhad, Bank Islam Malaysia Berhad, pihak pemaju serta semua agensi yang terlibat atas komitmen padu dalam merayakan pencapaian ini.
Hadir sama YB Mulia Tengku Kaya Perkasa Datoβ Dr. Tengku Mohamed Faziharudean Al-Haj bin Tengku Feissal, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan; YB Datoβ Dr. Haji Izani bin Husin, Exco Kelantan Kerjaya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar dan Datoβ Sr. Haji Zamri bin Haji Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK).