Majlis Menandatangani Penyata Kewangan Kementerian (PKK)

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐍𝐃𝐀𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐊𝐄𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 (𝐏𝐊𝐊) | 𝟏𝟔 𝐀𝐏𝐑𝐈𝐋 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀
PETRA terus komited memartabatkan standard tadbir urus kewangan terbaik. Hari ini, telah berlangsung Sesi Tandatangan Penyata Kewangan PETRA Tahun 2025 yang disempurnakan oleh Ketua Setiausaha PETRA, YBhg. Dato’ Sri Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli.
Sesi ini turut dihadiri oleh Ketua Akauntan, Puan Nor Fadhilah binti Ibrahim, bersama Timbalan Ketua Akauntan serta barisan Akauntan PETRA.
Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat atas komitmen tinggi dan dedikasi dalam memastikan penyediaan Penyata Kewangan PETRA Tahun 2025 berjalan lancar. Usaha ini mencerminkan tekad PETRA untuk sentiasa mengekalkan standard perakaunan dan pengurusan kewangan di tahap yang cemerlang.