Majlis Berbuka Puasa Bersama Sahabat Istimewa IWK

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐁𝐄𝐑𝐁𝐔𝐊𝐀 𝐏𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐘𝐀𝐁 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐒𝐀𝐇𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐈𝐒𝐓𝐈𝐌𝐄𝐖𝐀 𝐈𝐖𝐊 | 𝟏𝟐 𝐌𝐀𝐂 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐈𝐖𝐊 𝐄𝐂𝐎 𝐏𝐀𝐑𝐊 @ 𝐏𝐀𝐍𝐓𝐀𝐈 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌
YAB Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) hari ini telah meluangkan masa hadir ke Majlis Berbuka Puasa Bersama Sahabat Istimewa IWK yang bertempat di IWK Eco Park, Kuala Lumpur.
Dalam majlis tersebut, beliau turut menyantuni dan menyampaikan sumbangan ikhlas kepada golongan yang memerlukan serta komuniti setempat. Inisiatif ini merupakan manifestasi keprihatinan pihak kementerian dan IWK dalam meringankan beban serta menyuntik kegembiraan buat para penerima, sekali gus menyemarakkan lagi semangat ukhuwah sepanjang bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini.